♥ Jiran Tetangga ♥

Assalamualaikum

Perkara ini terjadi semalam, macam biasa seperti hari hari biasa. Selepas seharian penat bekerja tak kira la pukul berapa pun lewatnya saya balik dari kerja, memang saya la yang akan ambil my liltle princess nur elvina dari rumah pengasuh, macam tu juga pada waktu paginya, saya jugala yang akan siap siap kan segala persiapannya sampai la hantar elvina ke rumah pengasuh sementara saya pergi bekerja.

Rumah pengasuh tu terletak di taman yang sama bezanya cuma lorong jalan yang lain, dan tentulah no rumah pun lain kan.(tak kan sama pulak kot, tu dah lain tuh). Kawasan jalan rumah pengasuh tu memang kecik bila kereta dah parking dua dua belah jalan memang kereta yang lain dah tak boleh nak masuk jalan tu.
Seperti hari hari selalu, bila masuk je jalan tu memang saya akan bagi fokus lebih sikit ye, sebab kalau saya datang dlm pukul 6ptg macam tu, biasanya jalan tuh penuh dengan budak budak yang sibuk bermain (macam macam la budak budak tu bermain, dari badminton, berlari, bergaduh, menangis semua adala kat situ). Sampai je di lorong jalan tu saya memang akan perlahan dan perlahan sehabis mungkinnya ataupun saya akan berhentikan terus kereta ni untuk beri laluan budak budak tu bermain mahupun kereta yang akan keluar dari jalan tu.. lorong tu jalan mati, dah la sempit jalan nya, memang saya akan buat U-turn di hujung jalan mati tu.

Jiran : Hoiiiiiiiiii perlahan la sikit hoiiiiiii!!!!!
Saya : Sambil  memandu kereta melintasi beberapa rumah sebelum sampai rumah pengasuh 

(kedengaran ada suara yang menjerit). Sabar...mengucap panjang saya, sebab terkejut. Saya berhentikan kereta dan matikan enjin kereta, lalu saya keluar dari kereta dan tekan alarm menandakan kereta telah pun dikunci.

Saya : (pergi ke arah bunyi yang kurang mengemarkan itu, untuk bertanyakan sesuatu). Saya bawak laju ke???? (di situ kedengaran suara saya memang tegas dan berbau sinis)

Jiran : tak de la, kan budak budak main tu (suaranya lebih perlahan dari sebelumnya tadi, mungkin dia terkejut dan tak sangka saya terdengar dia menjerit terlolong tu)

Saya : Biasa saya lalu tak ada masalah pun. (malas nak layan si gila yang muka putih kemerah merahan macam terbakar tuh dan berleher hitam tak sama kaler dengan muka tu, saya terus masuk ke rumah pengasuh tu)

Pakcik (suami kepada pengasuh) : Dia orang tu memang macam tu, masa kita lalu tu, masa tu juga la dia nak sibuk sibuk juga. Yang mana satu yang cakap tu

Saya : Ohh yeke, tu muka putih leher hitam tu la  (mood tak baik malas nak panjangkan cerita).Saya ambil bakul anak saya dan masukkan ke dalam kereta, sementara tunggu elvina turun yang sedang dimandikan oleh anak pengasuh.

Makcik : Tunggu kejap, puteri kat atas omel tengah mandikan dia. 

Saya : Saya ceritakan apa yang terjadi pada makcik tu.

Makcik pun tanya soalan yang sama macam pakcik, yang mana satu.?

Saya : selang dua rumah dari makcik

Makcik : Makcik pun tak gemar dan tak bergaul la ngan orang taman sini.

Saya : Bagus la makcik, tak tambah dosa. Lagipun tak rugi sesen pun kalau tak bergaul dengan orang orang macam tu..

Makcik : Ada nampak tak pagi pagi pun diorang dah berkumpul bersembang.

Saya : Hari hari memang macam tuh la rutin dia orang makcik, asal saya hanta puteri ke sini pagi pagi dah nampak dah dia orang tuh dok berkumpul setempat buat mesyuarat tingkap dengan muka tak mandi masing masing, sambil mata tu menjeling ke arah saya. Petang pun macam tuh juga...tu la makanan dia orang kot..

Makcik : tak payah layan orang macam tuh

Saya : Sesekali orang macam tuh kita kena ajar juga makcik, tidak dia orang ni lupa diri masing masing dan naik lemak pula kalau kita berdiam je.

Moraf of story = Kalau macam ni la jiran anda semua, tak de jiran dan tak bertegur sapa lagi bagus la, dosa pun kurang. Kalau pertama kali nak tegur orang tu biarlah molek sikit, mungkin boleh cakap dan tegur elok sikit kot. Walaupun orang tu tak buat salah pun sebenarnya.


  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥