♥ Percutian 3 hari yang singkat ♥

Assalamualaikum

14~16 oktober 2012 hari tu saya terpaksa cuti...Eeeuwww follow husband ke JB-KL, KL-SEREMBAN-MELAKA -JB, dalam 3N2D. Kami 3 beranak gerak malam, sejuk skit bolehla saya dengan elvina tidur je sepanjang perjalanan..Lebih kurang pukul 2 lebih kami sampai sana, adik  dah tunggu di McD kelana jaya...sebab kami nak tumpang tidur, nak check in hotel rasa da lambat dan membazir pulak sebab besok pagi2 da nak gerak nak settle semua urusan suami saya.Fuhhhh! memang penat, penat apa? penat ikut je montot husband ke hulur ke hilir, turun ke KL memang tak dapat buat apa apa pun, shopping pun tak sempat, berangan dah dari rumah nak shopping sakan dekat SOGO dan sekitar jalan TAR...tapi hampehhh! memang tak sempat semua angan angan tergendala. Mana tak nya seharian saya temankan husband di jalan kuchai lama, saya dan anak sempat tido tido lagi kat tingkat atas office tu. Yang sempat pun singgah di PARADIGM MALL itu pun da malam, konon nak makan kat sana, last pon tak jadi juga sebab kami sampai pon banyak dah tutup, dapat la penat pusing tak abis dalam paradigm tu. Lastnya makan di kelana jaya juga tempat saya dan adik masa zaman zaman bujang dulu, jumpa la adik ipar dan adik sendiri kat sana. 
Lepas jumpa diorang tu konon nak check in semalam lagi di rumah adik, tapi tak jadi sebab husband nak terus shoot ke seremban malam ni sebab nak jumpa partners beliau di senawang, husband cakap kita check in di senawang je nanti. Dah check in husband keluar balik jumpa partner dia, tinggalla saya dan anak berdua di hotel, maka selamat la kami bermimpi yang indah indah dengan ditemani air cond yang menyamankan lagi waktu tidur kami...
Keesokkan harinya kami bangun kemas dan siap siap untuk terus ke tempat lawyer firm untuk ambil letter oppointment check up susulan suami  yang xcident pada 10.10.10 beberapa tahun yang lalu (wow bunyi macam dah lama sangat je..bhahaha). Lawyer firm yang dilantik baru nak jalankan kes suami saya, InsyaAllah ada la rezeki kami nanti anak beranak kalau kes husband menang. Aminnn.
Lepas settle segala urusan di seremban kami terus turun ke Melaka pulak jumpa next partner husband saya yang baru buka office di melaka sentral dekat dekat da dengan mydin. Ermmm di sini pun kami lepak lama gila, yang boringnya saya dan anak...apa boleh buat ikutkan jela...Abis segala urusan kami terus balik no more singgah singgah lagi. Alhamdulillah sebelum pukul 12 malam kami dah selamat sampai di rumah.

 p/s= sangat sangat sangat penat dan percutian yang sungguh memboringkan, pujuk suami tak pa ada masa nanti kita boleh turun kl dan shopping...(erm ye la tu..bisik hati)

HARI PERTAMA
Seronok lihat gelagat elvina ni bila kita snap pictures dia, pagi yang gebu, sampai ke tengah hari da bertukar ke suram dan berkilat..bhahah









pelik ke, bhahaha..adik saya ckp pelik..ala asyik org je buat muka pelik, skali skala nak try buat jg












HARI KEDUA








   
  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥ 

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥