♥ Cukup 44 hari saya berpantang ♥

Assalamualaikum

Semalam 26 April 2012 maka cukup la 44 hari saya berpantang di Johor,di jadikan cerita semalam jg la saya balik ke kampung ibu saya bersama adik, dan anak saya yg baru berusia 44 hari. Kami balik dengan menaiki bas ekspress sahaja memandangkan suami saya tak ikut balik. Nasib ada adik saya yang masih belajar di pasir gudang  yg boleh temankan saya dan anak saya. Semalam juga la hari yang paling menyakitkan hati kami bertiga, mana tak nya perjalanan kami balik kampung menaiki bas memang banyak dugaan dan mencabar kesabaran kami. Saya pun tak tau dari mana saya nak mulakan cerita.
Begini ceritanya, pukul 8 pg kami dari rumah gerak ke stesen bas larkin johor bahru untuk balik ke kampung halaman. Sampai je stesen larkin kami benti sarapan pagi dulu. Lepas sarapan pagi, adik saya pergi ke kaunter bas untuk mengesahkan tiket dan mendapatkan no bas yang patut kami naik. Ok no bas kami dah confirm A ** 6767 (memang sengaja saya hightlight kan). Kami pun naik la  bas tu, tak dan 15 minit kami duduk dalam bas...tiba² drebar bas bersuara

minta maaf ye semua ade pertukaran bas, sila naik bas yang lain ye.bas ni jalan ke destinasi lain.

Ha!!! kena tukar bas!!! (saya berkata). Saya da mula marah, mana tak nye suami saya dah tolong angkatkan baby kami naik atas bas dan placingkan baby kami baik² atas riba saya, kira kami da dlm keadaan selesa duduk dalam bas..tiba² je drebar halau keluar dari bas. Dengan beg banyak nye lagi, beg adik je da 3 beg, beg baby 1 bag dan beg saya 1 beg galas belakang, nak minta tolong suami beliau mungkin da dlm perjalanan balik ke office. Sabarrr je la saya masa tu...Kami pun turun la terkedek kedek, dengan saya nya dukung baby dan adik bawa turun semua beg yg ade..Saya pun duduk la kat satu tembok tu, sbb tak larat nak dukung baby sambil berdiri...baby da berat (huhuhu)..

(buat saya lagi geram... baik adik saya tak payah konfem kan no bas macam tu, duduk tak dan 15 minit da di suruh keluar dan tukar bas lain)

Sambil² nak tunggu bas yang lain datang, tiba² suami saya telepon

Abi : Bas da jalan ke? (mungkin beliau nampak bas tu da gerak)
Ummi : (suami tanya je soalan tu saya terus naik marah). Jalan ape , kena halau adala dia suh naik bas lain plak....dan macam² la keluar dari mulut saya.
Abi : Kenapa?
Ummi : tak tahu la (dengan nada malas nak layan)
Abi : ni kat mana? 
Ummi : kat depan tempat naik bas tadi la, depan tu ada tembok, i duduk kat situ (dengan nada yang tak berapa nak best)

Dalam 5-10 minit tiba² suami saya muncul, mungkin beliau baru habis sarapan kot, sbb tadi kami sarapan beliau tak sarapan pun, sebab sibuk dok jaga baby..

Ada la dlm 10 minit lepas tu, bas pun sampai. Kami pun  naik la bas tu. Sepanjang perjalanan se ingat saya, banyak sungguh perhentian yang kami singgah.

Biasa dari johor ke taiping makan masa dalam 8jam je, tapi kali ni memang terasa lamanya sgt² sampai 10 jam kami dalam bas utk smpi ke taiping. Punya la saya tak selesa, dengan 1st time nye balik bawa baby, mmg terasa azab nye..Allah je la yg tahu. Saya rasa korang pun boleh bayangkan keadaan saya yang bawa baby yg baru berusia 44 hari tue..

Dah la sepanjang perjalanan banyak pula perhentiannya, bila dah sampai tol changkat jering...lebih kurang 6km meter ke depan sampai la medan simpang taiping, bas yg kami naiki pun berhenti untuk buang penumpang di situ...bila ja dia berhenti di situ dia boleh cakap kan...begini bunyi nya

driver : bas tak masuk kamunting..
saya : ha!!! (sekali lagi saya terkejut...terasa mendidih dah darah saya waktu tu..nak je saya marah@maki hamun@tengking driver tu depan org ramai...tapi saya masih boleh kawal tahap kewarasan saya..jam lebih kurang 7.45malam) 

(dalam masa yang sama juga adik dah sms kawan dia untuk ambil kami di stesen kamunting, tetapi terpaksa bagitau kawan dia bas tak masuk sana..kesian kat dia terpaksa patah balik untuk ambil kami di medan simpang)

Saya dan adik pun terpaksa la turun, adik dgn bw 5beg dan saya terkedek-kedek dukong baby saya bawa turun bas...(dalam hati saya mengomel..baik tak payah beli tiket johor kamunting mcm ni..menyusahkan org dah la bawa anak kecil)

Agaknya driver tu perasan saya dan adik bengang tahap gaban..dia pun buat² la baik...suh kami amek teksi dari situ..
(dalam masa yg sama jg kebetulan bas tu betul² berhenti depan bengkel..dia nampak saya bawa baby dia pun hulurkan kan kerusi untuk kami duduk sementara menunggu kawan adik sampai untuk jemput kami pulang)

S.E.K.I.A.N

ini la bas malang yang kami naik yang menyusahkan kami sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman.


p/s = terasa macam da serik pulak nak naik bas ekspress ni.




  ♥ Princess and Prince Story ♥
  Photobucket 
 ♥ Kalau anda suka boleh ♥
 

Comments

Popular posts from this blog

♥ Kolej Yayasan Saad Melaka ♥

♥ Taktik mengurat isteri orang !!! ♥

♥ Nama dalam tulisan JAWI ♥